mcmc
Laporan Aktiviti

CYBERSECURITY : ANCAMAN KAMERA TERSEMBUNYI, APA YANG PERLU ANDA TAHU

Tarikh4 Disember 2025
Masa3.00 petang – 4.30 petang
TempatNADI Taman Harmoni
Peserta2 Orang

Tujuan:

Program ini dianjurkan bagi meningkatkan kesedaran peserta tentang ancaman kamera tersembunyi yang kian menular dalam kehidupan harian. Objektif khusus program ini adalah untuk:

  1. Memupuk budaya peka terhadap keselamatan digital dalam kalangan komuniti.
  2. Memberi pengetahuan mengenai cara mengenal pasti kewujudan kamera tersembunyi di tempat awam atau penginapan.
  3. Menerangkan risiko keselamatan dan privasi yang boleh timbul akibat rakaman tanpa kebenaran.
  4. Memberi panduan langkah pencegahan, teknik pengesanan dan tindakan susulan sekiranya menemui kamera tersembunyi.

Aktiviti:

Pengenalan Cybersecurity & Privasi Peribadi
Penceramah menerangkan konsep asas keselamatan digital serta isu-isu semasa berkaitan kamera tersembunyi.

Perkongsian Jenis & Teknik Kamera Tersembunyi
Peserta didedahkan dengan pelbagai bentuk kamera tersembunyi yang sering disamarkan dalam objek harian.

Demonstrasi Teknik Mengesan Kamera Tersembunyi

Kaedah menggunakan telefon pintar.

Pemerhatian fizikal & teknik cahaya.

Peralatan khas pengesan kamera.

Risiko & Implikasi Terhadap Keselamatan dan Privasi
Perbincangan mendalam mengenai kesan penyalahgunaan rakaman serta undang-undang berkaitan.

Langkah Pencegahan & Tindakan Jika Menemui Kamera Tersembunyi
Panduan praktikal seperti pemeriksaan rutin bilik, laporan kepada pihak berkuasa dan keselamatan peribadi.

Sesi Soal Jawab Bersama Peserta
Peserta diberi ruang bertanya soalan dan mendapatkan nasihat terus daripada penceramah.

Rumusan

Program telah berjaya memberikan pendedahan penting mengenai ancaman kamera tersembunyi serta cara melindungi diri daripada pemantauan tanpa kebenaran. Peserta menunjukkan minat tinggi dan memberikan maklum balas positif. Sesi ini diakhiri dengan seruan untuk sentiasa “Belajar mengesan sebelum menjadi mangsa.”