Salam sejahtera dan selamat petang,
π Penjawat awam lantikan baru: Sebahagian tiada lagi pencen
β Kerajaan memperkenalkan sistem KWSP untuk penjawat awam baharu agar lebih mampan jangka panjang. Skim pencen lama terlalu membebankan fiskal negara β hampir RM100 bilion diperlukan menjelang 2040 jika diteruskan. KWSP beri lebih fleksibiliti dan kawalan kepada pekerja.
βΈ»
π SST Cukai Jualan 10% dan Cukai Servis 6%
β Ini adalah struktur cukai sedia ada, bukan cukai baru. SST sudah lama menggantikan GST. Kenaikan berlaku hanya pada barangan atau perkhidmatan tertentu, bukan semua β dan tidak melibatkan barang keperluan harian.
βΈ»
π CUKAI BAHARU: Digital Service Tax (DST) 6%
β Ini adalah cukai kepada syarikat teknologi asing seperti Netflix, Google dan Spotify β bukan kepada rakyat terus. Malaysia ikut jejak negara lain yang sudah lama kenakan DST untuk pastikan syarikat luar bayar cukai yang adil.
βΈ»
π CUKAI BAHARU: Cukai Minuman Bergula (naik 40-50 sen/liter)
β Tujuannya untuk kesihatan awam. Malaysia antara negara tertinggi dalam diabetes. Cukai ini untuk kurangkan pengambilan gula dan hasil kutipan disalurkan kepada sektor kesihatan.
βΈ»
π CUKAI BAHARU: Cukai Barangan Murah (LVGT) 10%
β Ini untuk elak lambakan barangan import murah dari luar negara seperti Shopee dan TikTok Shop yang jejaskan peniaga tempatan. Cukai ini lindungi usahawan tempatan dan pastikan persaingan lebih adil.
βΈ»
π CUKAI BAHARU: Cukai Barangan Mewah 10%
β Hanya dikenakan pada barang mahal seperti jam tangan mewah, kereta import, barang kemas β bukan barangan rakyat biasa. Yang mampu beli barang mewah, mampu bayar cukai ini.
βΈ»
π CUKAI BAHARU: Cukai Keuntungan Modal (CGT) 10%
β Sasar golongan kaya dan pelabur besar yang untung dari pelaburan saham atau harta. Negara lain sudah lama ada CGT β Malaysia baru mulakan untuk pastikan keadilan cukai.
βΈ»
π CUKAI BAHARU: Cukai Dividen 2%
β Dividen dikenakan cukai kecil supaya sistem percukaian lebih progresif. Masih rendah berbanding banyak negara lain. Wang cukai disalurkan semula untuk program rakyat.
βΈ»
π CUKAI NAIK: Cukai Servis naik 2%
β Kenaikan ini tidak melibatkan semua sektor. Makanan di restoran biasa, pasar malam, kedai kopi tidak dikenakan cukai ini. Ia tertumpu kepada perkhidmatan premium dan mewah.
βΈ»
π CUKAI NAIK: Cukai DST naik 2%
β Kenaikan kecil ini masih tidak jejaskan pengguna secara besar kerana DST hanya pada servis digital tertentu. Tujuannya untuk pastikan syarikat digital asing turut sumbang kepada ekonomi negara.
βΈ»
π CUKAI PERIBADI NAIK: 25% ke 30%
β Hanya dikenakan kepada golongan T20 yang pendapatan tahunan melebihi RM2 juta. Tidak melibatkan B40 atau M40.
βΈ»
π HARGA IWK naik dua kali – 2023 & 2024
β IWK tidak pernah naik harga sejak lebih 30 tahun. Kenaikan ini untuk tampung kos penyelenggaraan, dan masih disubsidi oleh kerajaan bagi kawasan luar bandar.
βΈ»
π TARIF AIR naik 15% ke 50%
β Kenaikan ini hanya berlaku di beberapa negeri dan masih dikawal. Ia perlu untuk tingkatkan infrastruktur bekalan air. Malaysia antara tarif air termurah di Asia.
βΈ»
π TARIF ASAS TNB naik dua kali: 1.3% dan 14.2%
β Hanya dikenakan kepada pengguna industri dan perniagaan besar. Pengguna domestik (rumah) masih dilindungi oleh subsidi. Bantuan seperti rebat elektrik dan program BUDI masih diteruskan.
βΈ»
π Cukai Airport naik 2024 (hingga RM73)
β Kenaikan ini hanya dikenakan pada penerbangan antarabangsa. Wajar kerana kos operasi lapangan terbang meningkat. Penerbangan domestik dan penerbangan ekonomi masih murah berbanding negara jiran.
βΈ»
π Diesel naik (RM2.15 β RM3.35)
β Ini bukan kenaikan, tapi rasionalisasi subsidi. Subsidi diesel hanya diberikan kepada pengangkutan awam, logistik, dan nelayan. Ia elak ketirisan dan penyelewengan (contoh: jual ke Thailand).
βΈ»
π Saman meningkat dengan kamera AES dan sistem AWAS
β Langkah ini untuk keselamatan jalan raya. Kamera bukan untuk menyaman sembarangan, tapi untuk kurangkan kemalangan dan pemanduan laju. Keselamatan nyawa lebih utama.
βΈ»
π Kos Haji naik (RM10k β RM15k-RM33k)
β Ini disebabkan kos sebenar haji meningkat dan kadar tukaran wang asing. Lembaga Tabung Haji masih beri subsidi besar kepada jemaah haji kali pertama. Kos penuh hanya dikenakan kepada yang mampu.