TELE-KONSULTASI DI NADI

Kesihatan | 24 July 2026

Tele-Konsultasi di NADI: Nasihat Doktor di Hujung Jari Anda!

Tiada masa untuk ke klinik? Tiada pengangkutan?

Perkhidmatan Tele-konsultasi adalah penyelesaian mudah dan pantas untuk mendapatkan nasihat perubatan yang anda perlukan, terus dari NADI.

Siapa yang Sesuai Menggunakan Perkhidmatan Tele-konsultasi?
Perkhidmatan ini amat sesuai untuk anda yang:
✅Memerlukan pemeriksaan susulan selepas saringan kesihatan.
✅Mendapat keputusan saringan yang tinggi atau tidak normal dan memerlukan penjelasan lanjut.
✅Keliru dengan laporan ujian darah, imbasan (scan), atau ubat-ubatan yang sedang diambil dan perlukan penerangan yang lebih jelas.
✅Memerlukan nasihat perubatan untuk masalah kesihatan bukan kecemasan.
✅Memerlukan surat rujukan untuk isu kesihatan anda.

Jangan tangguh, jaga kesihatan anda bersama NADI!

Hubungi petugas di pusat NADI berdekatan anda sekarang untuk membuat temujanji!